Posts Tagged ‘tips’

Adab Berpindah Masuk Rumah Baru

February 20, 2011 - 12:11 pm No Comments

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bagi yang akan berpindah ke rumah baru, disini ada sedikit tips dan panduan yang ingin dikongsi bersama. Sumber info dari : http://soaljawab.wordpress.com/

Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:

a. Memberi salam ketika masuk ke rumah.

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” – [Al-Nur 24:61]

Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah.

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ – Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya.

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :

Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

(’Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.)
“Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)

“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah – menjemput jiran baru

Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :

“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”[1]
——

Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa memasuki rumah secara umum, samada baruataupun yang lama. Menyediakan jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Islam amat perihatan dari segi menjaga hubungan diantara JIRAN-JIRAN. Walau apa sekalipun bentuk amalan fizikal, Umat Islam digalakkan berdo’a bagi manifestasikan kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu ‘alam

Petua Untuk Ibu-ibu Mengandung

February 19, 2011 - 11:13 pm No Comments

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata yang pertama, pastinya pelbagai perasaan ada semasa dalam tempoh 9 bulan sebelum kelahiran. Pelbagai pekara yang perlu dipelajari dan diketahui bagi memastikan kandungan dijaga dengan baik. Semoga tips dan petua ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu mengandung sekelian.

  • Jangan cepat merajuk
  • Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya Surah Mariam, Surah Yusuf,  Surah Luqman, Surah Yunus, Surah Ibrahim, Surah Al-Kahfi,  Surah Yassin , Surah Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain. Insya-alah, mudah-mudahan anak kita akan cerdik,
  • Jangan minum air bergas, terutamanya diawal kandungan
  • Jangan suka mengata atau mengumpat
  • Banyakkan berzikir tak kira masa,
    • Sewaktu 0-3 bulan pertama inilah berlakunya pembentukan otak bayi. Di mana saraf-saraf dendrit akan terbentuk bagi membina NEURONS (1,000,000,000,000 trillion). Bukan sahaja minuman bergas, malahan ibu-ibu perlu menjauhkan diri daripada parking lot (underground), tempat-tempat yang sesak, stesen-stesen minyak iaitu kawasan-kawasan yang kurangnya peredaran oksigen (termasuklah minuman bergas tadi).

Petua Lain :

  • Pecahkan masa makan kepada 6 bahagian. Selalunya perempuan yang mengandung tidak dapat untuk mengambil makanan yang banyak dalam satu waktu.
  • Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat, mium susu, soya dan sebagainya.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangkanya 8 gelas sehari.
  • Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini? Bila buang air kecil cuba tahan. Begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.
  • Jika pergi ke sesuatu tempat menaiki kenderaan, mesti berhenti dan keluar berjalan-jalan selama 15 minit bagi setiap 2 jam.
  • Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlak yang mulia.
  • Elakkan makanan-makanan dari dalam tin dan yang mengandungi MSG yg banyak.
  • Elakkan memakan telur 1/2 masak.

*Sumber dari http://namanamaislam.com/

133KM dan 6 Tips ketika berjauhan

February 9, 2011 - 7:42 am No Comments

Untuk 1 minggu, my wife tinggal sebentar di Kelana jaya and En alter di Melaka. Kiranya, ini 1st time kita org berjauhan sejak menjadi suami & isteri. So, tips yg ingin dikongsi;

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.

Perumpamaan itu mungkin ada benarnya terutama bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan. Demi kerjaya dan mencari rezeki, semuanya terpaksa dijalani dengan penuh tabah. Namun, jangan sesekali membiarkan cinta jarak jauh ini menjejaskan perhubungan. Tip ini diharap dapat membantu pasangan suami isteri menghangatkan hubungan meski pun berjauhan.

Tip 1: Elak Cemburu Buta

Dalam situasi berjauhan, kepercayaan adalah elemen paling penting. Pastikan hubungan bersifat terbuka dan tiada perkara diselindungkan. Cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Agar hubungan tidak menjadi dingin, nyatakan kekerapan untuk saling berhubungan. Selain itu, dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari-hari istimewa bersama.

Tip 2: Belajar Menerima Hakikat

Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah itu takdirnya, terimalah hakikat dengan terbuka. Jangan tertekan bahkan cuba mengeratkan hubungan dengan apa cara sekali pun. Usah berfikiran negatif dengan menganggap situasi sebegini hanya menjadi batu penghalang. Sebaliknya anggaplah ia dapat membantu memantapkan hubungan memandangkan anda dapat merasai betapa pentingnya si dia dalam hidup anda.

Tip 3: Aplikasikan Teknologi Terkini

Terdapat pelbagai teknologi baru yang dapat menghubungkan pasangan yang berjauhan. Ia buka saja mudah malah tidak perlu mengeluarkan kos. Jika berkelapangan, hantarkan emel kepada si dia. Selain mudah, ia juga boleh disimpan dan dibaca semula apabila rasa rindu mula menguasai diri. Hantarkan juga gambar terbaru kepada pasangan agar ingatannya terhadap wajah cantik atau kacak anda tidak pudar begitu saja.

Tip 4: Bercerita & Berkongsi Masalah

Sikap suka menyembunyikan sesuaitu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Usah memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda.

Tip 5: Tolak Isu Remeh-Temeh

Sudahlah tinggal berjauhan, bergaduh pula. Situasi ini boleh menjadi parah jika tindakan tidak diambil. Memandangkan anda sukar untuk bersua, elakkan daripada bertekak tentang perkara yang remeh-temeh. Kebanyakannya akan naik angin jika pasangan tidak menelefon pada waktu yang dijanjikan. Usah ikutkan hati kerana mungkin si dia sedang sibuk dan perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu. Anda seharusnya bertenang dan tanya dengan nada yang lembut.

Tip 6: Rancang Kejutan

Dalam mencintai seseorang, anda perlu berfikiran kreatif agar cintanya terhadap anda akan menjadi lebih mendalam. Untuk itu, apa kata anda rancang satu kejutan romantis untuk di sia. Kejutan tidak bermaksud anda perlu mengeluarkan kos, sebaliknya yang kejutan ringkas sudah cukup bermakna.

Lebih menarik jika anda dapat merancang percutian mengejut bersama. Jika perlu, minta pertolongan daripada ahli keluarga atau teman rapat bagi memastikan ia benar-benar satu kejutan.

*Tips dari http://www.anuarmustaffa.com/6-cara-mekarkan-cinta-jarak-jauh/

Apa pun, x sabar nk tunggu ujung minggu nih…nk balik kg Kelana Jaya jumpe isteri tersayang (“,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd