Posts Tagged ‘tazkirah jumaat’

Zakat (25.2.2011)

March 18, 2011 - 9:36 am No Comments

Assalammualaikum & salam sejahtera semua,

25hb 2 yang lalu kutbah Jumat bertajuk Zakat. Lambat update posting sebap balik dari masjid dh ada ekrja lain so, sekarang mari kita share info yg teringat lagi. ;D

 

Zakat adalah salah satu cara untuk menyucikan harta kita. Dengan memberi zakat kerana Allah dan agama juga sedikit sebnayak melambangkan keimanan seseorang muslim itu.

Zakat fitrah bererti: zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Zakat dari segi syarak pula bererti : mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Terdapat pelbagai hikmah berzakat antaranya seperti yang dimaklumkan oleh Pusat Zakat Melaka :

  • Kesusahan, kepahitan dan kepayahan yang masih dirasai oleh segelintir masyarakat hari ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh masyarakat Islam kini. Namun begitu adakah kepayahan yang dirasai oleh mereka dapat membawa seribu keinsafan kepada golongan yang kaya menumpul harta kekayaan?. Kedukaan dan kesengsaraan yang mereka lalui seharusnya dijadikan pedoman dan panduan kepada kita dalam mengejar kemewahan hidup.

 

  • Keadaan setiap yang hidup di bumi Allah ini tidak sama gaya dan lagaknya. Belum pasti apa yang diinginkan dapat dikecapi. Lupa, alpa dan leka menghukum golongan yang susah ini hidup lebih melarat. Seharusnya masyarakat Islam ini sentiasa bersama dalam mengharungi hidup, ibarat kata pepatah “Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing”. Dengan kesedaran ini secara tidak langsung kita dapat membantu meringan kan beban insan-insan yang amat memerlukan.

 

  • Hikmah yang terselindung disebalik pengeluaran zakat pastinya memberi kesedaran sekiranya direnung dengan hati yang ikhlas. Golongan fakir mempunyai jaminan dan haknya tidak lagi diabaikan begitu sahaja. Asnaf fakir kebiasaannya meminta daripada pemerintah, bukan daripada peribadi yang kaya demi memelihara kehormatan dan air mukanya. Ia juga didorong rasa malu untuk meminta-minta dan memelihara perasaan dan hatinya daripada terluka akibat daripada kata-kata yang menyakitkan.

 

  • Selain itu, kurang pengetahuan orang ramai dalam urusan agihan zakat menjadikan satu kesilapan pemahaman ke atas maklumat menyebabkan ramai di kalangan golongan kaya yang memberikan zakat kepada orang fakir miskin sahaja, sementara golongan lain yang berhak, dilupakan. Sesungguhnya zakat itu bukanlah khusus kepada asnaf fakir, miskin dan orang yang memperjuangkan agama sahaja, tetapi adalah lebih luas lagi yang berkait dengan kemaslahatan kaum muslimin seperti golongan mualaf, belenggu hutang dan hal-ehwal pendidikan.

 

  • Kemakmuran hasil langit dan bumi dengan keadilan pemerintahnya, menyebabkan orang-orang kaya menjadi susah untuk mencari orang miskin untuk diberikan zakat semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Sepanjang tempoh itu, umat Islam sentiasa menjadi umat terbaik, bermaruah dan dihormati oleh lawan dan kawan. Seterusnya kemewahan hidup, kemudiannya melekakan umat Islam dari menegakkan tuntutan agama. Ketinggian ilmu yang memuncak telah membawa sebahagian umat Islam membuang masa dalam soal-soal remeh yang berakhir dengan perbalahan sesama sendiri dan akhirnya memusnahkan kegemilangan era pemerintahan kerajaan Uthmaniah.

 

Oleh itu, jom kita ramai2 bayar zakat! ;D

Sekian.

Tangunjawab Amal Makruf Nahi Mungkar (18.2.2011)

February 18, 2011 - 8:21 am No Comments

Tanggunjawab ini adalah antara asas agama Islam. Surah al-Imran ada menyatakan “dan hendaklah ada antara kamu goongan yang melarang perkara mungkar dan keji. Sesungguhnya, golongan itulah antara golongan yang berjaya”.

Sebagai umat Islam, kita hendaklah mencegah perkara mungkar dengan perbuatan dengan melarangnay dari dilakukan. Sekiranya tidak mampu, hendaklah kita mencegah perkara mungkar itu dengan lisan dengan menasihati atau menegur perkara yang salah itu. Sekiranya tidak mampu, cukuplah dengan hati serta rasa benci pada perkara mungkar serta berdoa agar dijauhkan.

Sebagai ketua keluarga, seorang ayah hendaklah memastikan dan melindungi isteri dan anak-anaknya dari perkara-perkara keji dan mungkar ini serta tidak melakukan perkara maksiat. Begitu juga semua umat Islam, hendaklah bersama-sama mencegah kemungkaran.

Umat Islam diseru untuk berdakwah dan mencegah perkara mungkar ini. Firman Allah lagi, “wahai orang beriman, masuklah kamu kedalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan”.

Antara perkara mungkar adalah pekara-pekara yang dilarang Allah dan agama Islam seperti melakukan maksiat, kerosakkan, keganasan dan sebagainya.

*Sedutan khutbah Jumaat masjid al-alamin, MITC, Melaka. 18.2.2011

Tanggungjawab Mengurus Jenazah (4.2.2011)

February 7, 2011 - 10:01 am No Comments

Adalah menjadi tanggunjawab bagi umat Islam, untuk mengurus jenazah saudara Islam mereka. Penubuhan dan kenaggotaan dalam Tabung Khariat Kematian di Masjid-masjid sesuatu kawasan itu sebagai contohnya adalah bagi membantu mengurus dalan menyempurnakan tanggunjawab dalam menguruskan jenazah.

Adalah amat malang apabila ada antara umat Islam yang datang menziarah ke keluarga si mati, tetapi hanya melihat, bersembang dan tidak tahu adab sebenar menziarah. Adalah lebih baik sekiranya bersama membantu dalam mengurus jenazah dengan membasuh&memandikan mayat, menkafankan mayat, menyempurnakan solat jenzah dan membantu membawa jenazah ke tanah perkuburan. Sekiranya tidak tahu, cukuplah sekadar membacakan surah dari al-Quran atau dengan sekadar membacakan al-fatihah untuk si mati.

Sekiranya kita membantu dengan menderma pada tabung khariat kematian, setiap kali berlakunya kematian, duit hasil derma akan digunakan untuk tujuan membeli kalin kapan, menguruskan jenazah, membayar upah menggali kubur dan sebagainya. Maka, setiap yang menderma, akan mendapat pahala seumpama mereka melakukan kerja2 tersebut.

Amatlah malang, sekiranya ketika hidup, si mati amat menjaga dengan tidak berhutang. Tetapi, apabila dia meninggal, keluarganya terpaksa berhutang untuk menguruskan jenazahnya. Oleh itu, daftar dan mendermalah pada tabung khariat kematian. Ini dapat mengelakkan roh kita tergantung antara langit dan bumi hanya kerana masih ada hutang tidak diselesaikan.

*Sedutan khutbah Jumaat masjid Banting, 4.2.2011

Transformasi Diri Kearah Kecemerlangan (21.1.2011)

January 29, 2011 - 7:33 am No Comments

Diantara tugas sebagai khalifah di muka bumi adalah mentadbir hal agama dan dunia. Kecemerlangan umat Islam bukan hanya dengan banyaknya ibadah yang dilakukan, tetapi juga bukan hanya kejayaan memajukan dunia. Kecemerlangan umat Islam adalah apabila banyaknya amalan ibadah serta majunya dunia/negaranya.

Sikap lalai , lupa, angkuh dan cuai serta sukabertangguh adalah yang akan membuatkan umat Islam tidak cemerlangan. Sesungguhnya, Allah S.W.T tidakakan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah diri sendiri. Antara 3 ciri orang cemerlang:

1. kemahuan yang tinggi dalam kecemerlangan

2. pengorbanan yang agung serta tidak kedekut atau tamak.

3. memahami prinsip jujur, amanah dan cemerlang.

Oleh itu, marilah kita mengubah amalan nagatif yang kita amalkan kini, agar dapat menjadi umat yang cemerlang.

*Sedutan khutbah Jumaat masjid UTeM, 21.1.2011

Menjaga Kesempurnaan Solat (14.1.2011)

January 29, 2011 - 5:55 am No Comments

Solat telah difardukan untruk dikerjakan 5 kali sehari sejak pada tahun ke 10 kerasullah baginda Rasullullah S.A.W. Allah S.W.T telah menjemput baginda rasul pada malam Israk&Mikraj dan difardukan solat 50 kali sehari. Kemudian dikurangkan kepada 5 kali sehari.

Solat adalah tiang agama. Goloongan remaja kini yang tidak mengamalkan solat, mudah melakukan perkara maksiat dan bertentangan dengan ajaran agama Islam seperti berpelukan di khalayak ramai, berpegang tangan bukan muhrim, bercumbuan dan sebagainya. Sesungguhnya, solat itu perisai yang dapat mengelak pekara keji dan mungkar. Solat yang dikerjakan menjadi pengukur tahap ketaatan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Sabda baginda, “Sesiapa yang menjaga solat, solat akan menjaganya di akhirat dengan menjadi nur atau cahaya baginya dan dilepaskan dari api neraka.”

Solat adalah amalan pertama yang akan dihitung di hari kiamat. Solat melibatkan dua pergerakkan, pergerakkan fizikal dan rohani. Pergerakkan fizikal adalah seperti takbir, rukuk, sujud manakala pergerakkan rohani adalah kusyuk dalam solat iaitu kusyuk hati dan kusyuk pergerakkannya. 5 tips mendapatkan kusyuk dalam solat adalah :

1. Memahami makna atau maksud bacaan di dalam solat.

2. Mengakui nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T

3. Menghadirkan rasa gerun pada kekuasaan Allah S.W.T

4. Mengharapkan keampunan dan diterima amalan.

5. Rasa malu kepada Allah S.W.T atas segala kesalahan dan kelalaian yang kita lakukan.

Sekian.

*Sedutan khutbah Jumaat 14.1.2011 Masjid Ayer Keroh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd