Posts Tagged ‘tazkirah’

Lailatul Qadar

August 24, 2011 - 2:57 am No Comments

Siti Aisyah R.A ingin sangat untuk bertemu dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada Nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?” Nabi bertanya kepada Aisyah semula, “Apakah akan kamu buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”
Aisyah menjawab “Saya tidak tahu.” Kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?” Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal di malamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya.” Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi S.A.W menjawab “Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah, ‘Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu’ anni.” (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku) [Hadis Riwayat at-Tirmidzi]

Qiamulail

August 18, 2011 - 7:57 am No Comments

Aisyah r.anha menerangkan bahawa Rasulullah saw apabila memasuki sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan, beliau mengasingkan diri daripada para isterinya dan menghidupkan waktu malam dengan qiamulail. Baginda juga membangunkan keluarganya untuk turut berqiamulail. (Muslim)

Biro Kerohanian FTMK

Bersifat Pemurah

August 15, 2011 - 11:18 am No Comments

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang. (al-Bukhari dan Muslim)

ANDAINYA INI RAMADAN TERAKHIR BUATKU

August 2, 2011 - 6:11 am No Comments

Andainya ini Ramadhan terakhir…

Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu.. Merayu… kepada- Nya Tuhan yang satu

Andai ini Ramadhan terakhir…
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Penuh khusyuk lagi tawadhuk
Tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil
Menangisi kecurangan janji
“Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil A’lamin”
(Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… Kuserahkan hanya kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam)

Andai ini Ramadhan terakhir…
Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang

Andai ini Ramadhan terakhir…
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih… Berqiamullail… Bertahajjud…
Mengadu… Merintih… Meminta belas kasih
“Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
Tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu”

Andai ini Ramadhan terakhir…
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan…
Kita buru… Kita cari…
Suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

Andai ini Ramadhan terakhir…
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan
Lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi…
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami…
Jadikanlah ia Ramadhan paling berarti… Paling berseri…
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman…
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Bagi dirinya yang mampu
Bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha… Bersedia…
Meminta belas ehsan-NYA.

UNIT DAKWAH & SAHSIAH
PUSAT ISLAM UTeM

 

Erti Cinta Kepada Rasullullah S.A.W (11.2.2011)

February 11, 2011 - 6:35 am No Comments

Cinta kepada Rasulullah S.A.W bukan seperti cinta biasa. Cinta kepada rasul memerlukan pembuktian kerana cinta kepada rasul mahal harganya dan hanya akan dibayar dengan ganjaran yang banyak di akhirat oleh Allah S.W.T.

Apa yang perlu kita sebagai umat Islam lakukan bagi mendapatkan cinta Allah dan Rasul?
1. Cintai Rasulullah S.A.W pada sudut lahiriah baginda, pada kesempurnaan fizikal baginda. Sesungguhnya, baginda adalah antara kejadian Allah yang agung.
2. Turuti sunnah baginda. Terdapat dua bentuk sunnah, iaitu sunnah wajib seperti menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Sunnahsunat pula seperti memakai wangian, serban dan sebagainya.

Dari segi akhlak, baginda amat baik dan dipuji Allah. Dari segi pergaulan, baginda dapat bercampur dengan semua lapisan masyarakat. Baginda boleh bergurau dan bermain apabila bersama kanak-kanak, baginda menghormati apabila bejumpa orang lebih tua darinya, bagindamelindungi kehormatan kaum wanita apabila berurusan dengan mereka. serta lain2.

Bersempena bulan maulidulrasul, marilah kita sama-sama menjadikan baginda Rasulullah S.A.W sebagai contoh/role model terbaik. Tema sambutan Maulidulrasul 2011, “1 malaysia, 1 Ummah”.

Antara kecintaan sahabat kepada baginda rasul ialah, Saidina Ali yang sangup menggantikan tempat baginda dengan baring di katilnya pada malam Hijrah, walaupun sedar akan risiko. Hadis tentang kelebihan berselawat kepada nabi antaranya “Manusia yang paling utama padaku nanti, adalah mereka yang banyak berselawat kepadaku.” Allah juga ada berfirman “demi sesungguhnya, nabi itu contoh terbaik bagi umat manusia yang inginkan kebaikan dunia dan akhirat”

*Petikan khutbah Jumaat Masjid Al-Alamin MITC, Melaka. 11.2.2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd