Posts Tagged ‘sazliidura’

Diner at Ikan Bakar, Umbai Melaka!

May 3, 2011 - 9:03 am No Comments

Salam and Hi semua,

Lama dah tak makan ikan bakar, so…atas permintaan isteri tersayang dan disertakan dengan keinginan untuk g dating dgn wife, maka malam itu (27.4.2011) kita org pun diner di Ikan Bakar Parameswara, di Umbai, Melaka. Rasanya dulu2 zaman g makan dengan En Haziq and the geng…tempat ni lain..sekarang dia dh renovate rasanya kedainya..and yg x best, dh kene bayar parking RM1 (tempat lain x perlu pun…so next2 time x mau g sini g, ada tempat lain lagi ok…cth; Medan ikan Bakar MBMB)




Kita org gerak after Marhrib…nasib baik cuaca baik…x ujan…sejuk2 je…mula2 singah Medan Ikan Bakar MBMB (dulu selalu jugak makan kat cini, best), tp sebap penuh..and Pn Idura nk ushar2 tempat lain..kita org cari la pot lain….jalan…jalan…sampai ke Ikan Bakar Parameswara nih…kedai ni mmg dh alam, and agak ‘terkenal’ la dikalangan masyarakat setempat…heheheh



Disebapkan orang x ramai…senang la nk dapat parking and meja makan….kita org ambik 1 eko ikan masak 3 rasa and goreng…udang masak sotong…sayur kailan ikan masin…then air….and nasi putih (RM1.20 sepinggan) nasi lemak (RM0.80 sebungkus).

 

Sambil sembang2 (dating al katakan) sambil tunggu2 makanan sampai, sambil ushar2 org lain….sambil tahan lapa ciket. ;(

 

Then, makanan pun samapi….suke sunguh Pn Idura….(saye pun suke) hehehhe…kita org baca doa makan..and makan…sedap…mm…boleh la…not bad (tp rasanya kat MBMB sedap g kot). Arga pun ok jugak la…dalam RM50+ untuk 2 org makan.

Makan makanan laut nih, bagus jugak untuk ibu2 mengandung….boleh tambah sel darah merah (kata org…) selain x meletihkan isteri untuk masak2 di rumah (hehehhehe). kat Melaka ni banyak jugak pot2 untuk makan Ikan Bakar segar2, sedap2 dengan harga berpatutan and suasana berbeza. Disebabkan kita org ni sah2 duduk Melaka….x sah la kalau x penah g makan Ikan Bakar ….kan?

 




 

So, next2 time..kalau dimurah rezeki..leh g lagi…hehehhe.

aa..apa gi???jkorang x nk g makan ke Ikan bakar????sedapppp…..hehehhe…

Tq,

Zakat (25.2.2011)

March 18, 2011 - 9:36 am No Comments

Assalammualaikum & salam sejahtera semua,

25hb 2 yang lalu kutbah Jumat bertajuk Zakat. Lambat update posting sebap balik dari masjid dh ada ekrja lain so, sekarang mari kita share info yg teringat lagi. ;D

 

Zakat adalah salah satu cara untuk menyucikan harta kita. Dengan memberi zakat kerana Allah dan agama juga sedikit sebnayak melambangkan keimanan seseorang muslim itu.

Zakat fitrah bererti: zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Zakat dari segi syarak pula bererti : mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Terdapat pelbagai hikmah berzakat antaranya seperti yang dimaklumkan oleh Pusat Zakat Melaka :

  • Kesusahan, kepahitan dan kepayahan yang masih dirasai oleh segelintir masyarakat hari ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh masyarakat Islam kini. Namun begitu adakah kepayahan yang dirasai oleh mereka dapat membawa seribu keinsafan kepada golongan yang kaya menumpul harta kekayaan?. Kedukaan dan kesengsaraan yang mereka lalui seharusnya dijadikan pedoman dan panduan kepada kita dalam mengejar kemewahan hidup.

 

  • Keadaan setiap yang hidup di bumi Allah ini tidak sama gaya dan lagaknya. Belum pasti apa yang diinginkan dapat dikecapi. Lupa, alpa dan leka menghukum golongan yang susah ini hidup lebih melarat. Seharusnya masyarakat Islam ini sentiasa bersama dalam mengharungi hidup, ibarat kata pepatah “Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing”. Dengan kesedaran ini secara tidak langsung kita dapat membantu meringan kan beban insan-insan yang amat memerlukan.

 

  • Hikmah yang terselindung disebalik pengeluaran zakat pastinya memberi kesedaran sekiranya direnung dengan hati yang ikhlas. Golongan fakir mempunyai jaminan dan haknya tidak lagi diabaikan begitu sahaja. Asnaf fakir kebiasaannya meminta daripada pemerintah, bukan daripada peribadi yang kaya demi memelihara kehormatan dan air mukanya. Ia juga didorong rasa malu untuk meminta-minta dan memelihara perasaan dan hatinya daripada terluka akibat daripada kata-kata yang menyakitkan.

 

  • Selain itu, kurang pengetahuan orang ramai dalam urusan agihan zakat menjadikan satu kesilapan pemahaman ke atas maklumat menyebabkan ramai di kalangan golongan kaya yang memberikan zakat kepada orang fakir miskin sahaja, sementara golongan lain yang berhak, dilupakan. Sesungguhnya zakat itu bukanlah khusus kepada asnaf fakir, miskin dan orang yang memperjuangkan agama sahaja, tetapi adalah lebih luas lagi yang berkait dengan kemaslahatan kaum muslimin seperti golongan mualaf, belenggu hutang dan hal-ehwal pendidikan.

 

  • Kemakmuran hasil langit dan bumi dengan keadilan pemerintahnya, menyebabkan orang-orang kaya menjadi susah untuk mencari orang miskin untuk diberikan zakat semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Sepanjang tempoh itu, umat Islam sentiasa menjadi umat terbaik, bermaruah dan dihormati oleh lawan dan kawan. Seterusnya kemewahan hidup, kemudiannya melekakan umat Islam dari menegakkan tuntutan agama. Ketinggian ilmu yang memuncak telah membawa sebahagian umat Islam membuang masa dalam soal-soal remeh yang berakhir dengan perbalahan sesama sendiri dan akhirnya memusnahkan kegemilangan era pemerintahan kerajaan Uthmaniah.

 

Oleh itu, jom kita ramai2 bayar zakat! ;D

Sekian.

Kenapa Kaum Yahudi Bijak?

February 22, 2011 - 9:52 am No Comments

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tuah dapat e-mel ini dari abang Tuah mengenai “Kenapa Yahudi Bijak”. Enjoy!

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

So, apa pendapat anda? Nak ke besarkan anak2 anda mengikut cara mereka ini? Maybe yes and maybe not for mine. Never think of it.

Wallahualam.

*Artikel diambil dari http://altuahalshahab.blogspot.com/

Adab Berpindah Masuk Rumah Baru

February 20, 2011 - 12:11 pm No Comments

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bagi yang akan berpindah ke rumah baru, disini ada sedikit tips dan panduan yang ingin dikongsi bersama. Sumber info dari : http://soaljawab.wordpress.com/

Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:

a. Memberi salam ketika masuk ke rumah.

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” – [Al-Nur 24:61]

Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah.

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ – Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya.

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :

Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

(’Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.)
“Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)

“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah – menjemput jiran baru

Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :

“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”[1]
——

Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa memasuki rumah secara umum, samada baruataupun yang lama. Menyediakan jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Islam amat perihatan dari segi menjaga hubungan diantara JIRAN-JIRAN. Walau apa sekalipun bentuk amalan fizikal, Umat Islam digalakkan berdo’a bagi manifestasikan kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu ‘alam

Genting Higland, Pahang (12-15 Feb 2011)

February 20, 2011 - 4:48 am No Comments

Hi all,
It was a long time since my last visit to Genting Higland, Pahang. One of the most exciting and popular vacation destination in Malaysia that offer fun that so cool! So, to start the story, I was lucky to have a friend that offer my wife for a 4 day and 3 nitght stay at Awana Genting. On 12 Feb 2011 my wife and me and 2 my younger sister aliah and aqila and my nephew aisyah begin our trip to Awana Genting Higland. We left Banting at 10am I guess and heading to Bangi 1st attending one of my friend weeding (Hazmin). Then at 2pm, we left Bangin and heading to Puncak Alam attending another weeding (Aizah).

At 5pm I guess, we finally heading to Genting Higland! It was rain at few places during our journey and we stop at RnR Genting for prayer and refreshment. Our friend who sponsor the accommodation at Awana already waiting up there. Around 630pm we arrive at Awana Genting. My wife meet her friend and collect the key of our room. Once we enter the room….wow..it was good, complete with all the basic facilities such as TV, Astro, DVD player, cooking instrument (rice cooker, toaster, microwave , and others). The room also complete with two room with 3 queen size bed and two bathroom, one with a jacuzzi… :D Our 1st day and night there, we just stay in our room, eating and relaxing after 1 day tired traveling. We need to keep our energy for tomorrow activities!

MORNING!!!! our 2nd day at Genting. Every one really exciting especially my sister Alia. We all have a breakfast together. Then we all heading to Sky way Cable car to fly us up to Genting! Genting Sky way Cable Car is one of the longest cable car in Malaysia I guess. (they did mention in in the cable car radio, but I already forgot as I don’t pay much attention on what the radio men say..lol…just view the environment and excitement at that time). After reach there, we heading to the outdoor park. We play lots of games and do lots of fun activities. I also play the SpaceShoot (formerly know as Solero I guess). We was lucky as the wather is good with only a few seccond rain only while we are outside playing. Then at 630pm we all heading into the indoor arena for prayer and ‘lunch’ hehehhee….we go to KFC only and we all enjoy eating Nasi Ayam KFC. As usual, the food price up here are way expensive compare to normal price down there. (but much chipper compare to Berjaya Hill price…and if you are ordering teh tarik, it will cost around RM3 while Teh Ais you pay around RM5….RM2 for few cube of ice at a cool place…lol).

Ok, back to the activities. After resting, we walk around the indoor arena taking few more picture before going home. It was really tired, so I suggest if any one want to go there to having 1 day rest a day before that so then you will have enough stamina..lol, and bring along a drinking water! Then, we stop again for drink and about at 10pm, we all heading back to Skywalker to get down and left the Genting Fun park. We all very tired but yet enjoy the 1 day activities that we had up in Genting. Once we arrive, at our room/apartment….we all really hungry and want to have a nice hot bath before diner and sleep..We eat lot that night to ‘recover’ our energy!

Next morning, we all wakeup a lil bit late (lol..) but its ok as it was raining last night so, at 11am, it still like 8 in the morning. Having a breakfast…then my wife and I rest in the room while my younger sister and my nephew taking a morning walk nearby, posing and taking lots more pictures. It was our relax day, as we still tired. So, we plan to go out late evening. After having lunch together, we all sit watching TV while play UNO! Around 5pm, we all go to Strawberry Park. There, you can pick your own strawberry at RM6 per 100gram. They also have a mushroom farm and vegetable and flowers farm. After enjoy the nature and sweet smell of fresh strawberry, we all going home…eat , watching TV and play UNO again befour sleep.

Lat day…wakeup early and fresh. The checkout time here is at 12pm but we all get out early at 10am. After done packing, My wife meet her friend at Awana Hotel Lobby to return the key and say “Thank You!”

We all enjoy our vacation especially my wife and I as we manage to get our sisters and nephew together with us. So, tips for this vacation, remember to bring enough food as you plan to cook, bring bottle as you need to bring a drinking water while up in Geting Fun Park, schedule and plan where you want to go while you a at Genting, buy your outdoor ticket early and bring along you friends as it was fun to enjoy vacation there with lots of friends rather then go there alone as a couple. ;D

You also can go there by bus as there are lots of bus services complete with activities tickets that you can buy as low as RM47.  So, total we spent for this 4d 3n vacation = apartment(free) + food(less then RM100) + petrol&tol (RM60) + KFC for 5 people(RM70) + outdoor ticket for 5 + skyway ticket for 5 (RM235) + strawberry park(free) == total RM465 * fun vacation with families = priceless ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd