Posts Tagged ‘Sazli & Idura’

Letih~~

April 2, 2011 - 8:52 am No Comments

waaaa…..letihnye…dh lama x balik kampung (banting or kelana jaya) this weekend akhirnya berjaya jugak balik. Seronok la dapat balik, tp agak letih sebenarnya…dengan kerja-kerja yang masih banyak belum diselesaiakn lagi.




Then baru-baru ni, ada ke MITC pergi Jualan Metrojaya Sale tu…beli sehelai seluar kerja…sehelai sluar utk wife yg dh mula nk naik perotnye..and sehelai baju sweemingggg….sebap wife nk sweeming jugak bulan 5 nanti (family vacation). Then ada la beli madu…4 botol kita org beli…hehehhehe.

Madu nih..baik utk kesihatan…madu yg x berapa nk baik utk wife…hanyalah madu 2, madu 3 or madu 4.. ;D

so, 4 botol madu..mmg x de masalah…madu baik utk kesihatan terutama yg cepat letih2 nih…utk ibu2 mengandung..and utk kanak2 or org dewasa pun…bg IQ bertambah baik…dan bertenaga.

Pg tadi tu yg semangat bersiap balik…tp dh petang nih..letih dj..madu pulak x bawak..so…jap lg layan tdo la kot sekejap…sebelum gerak ke banting pulak.

Secara kesimpulannya…saya letih nih.. waaa.. ;(

Apa tips utk x bg letih ek??

Petua Untuk Ibu-ibu Mengandung

February 19, 2011 - 11:13 pm No Comments

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata yang pertama, pastinya pelbagai perasaan ada semasa dalam tempoh 9 bulan sebelum kelahiran. Pelbagai pekara yang perlu dipelajari dan diketahui bagi memastikan kandungan dijaga dengan baik. Semoga tips dan petua ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu mengandung sekelian.

  • Jangan cepat merajuk
  • Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya Surah Mariam, Surah Yusuf,  Surah Luqman, Surah Yunus, Surah Ibrahim, Surah Al-Kahfi,  Surah Yassin , Surah Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain. Insya-alah, mudah-mudahan anak kita akan cerdik,
  • Jangan minum air bergas, terutamanya diawal kandungan
  • Jangan suka mengata atau mengumpat
  • Banyakkan berzikir tak kira masa,
    • Sewaktu 0-3 bulan pertama inilah berlakunya pembentukan otak bayi. Di mana saraf-saraf dendrit akan terbentuk bagi membina NEURONS (1,000,000,000,000 trillion). Bukan sahaja minuman bergas, malahan ibu-ibu perlu menjauhkan diri daripada parking lot (underground), tempat-tempat yang sesak, stesen-stesen minyak iaitu kawasan-kawasan yang kurangnya peredaran oksigen (termasuklah minuman bergas tadi).

Petua Lain :

  • Pecahkan masa makan kepada 6 bahagian. Selalunya perempuan yang mengandung tidak dapat untuk mengambil makanan yang banyak dalam satu waktu.
  • Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat, mium susu, soya dan sebagainya.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangkanya 8 gelas sehari.
  • Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini? Bila buang air kecil cuba tahan. Begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.
  • Jika pergi ke sesuatu tempat menaiki kenderaan, mesti berhenti dan keluar berjalan-jalan selama 15 minit bagi setiap 2 jam.
  • Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlak yang mulia.
  • Elakkan makanan-makanan dari dalam tin dan yang mengandungi MSG yg banyak.
  • Elakkan memakan telur 1/2 masak.

*Sumber dari http://namanamaislam.com/

Erti Cinta Kepada Rasullullah S.A.W (11.2.2011)

February 11, 2011 - 6:35 am No Comments

Cinta kepada Rasulullah S.A.W bukan seperti cinta biasa. Cinta kepada rasul memerlukan pembuktian kerana cinta kepada rasul mahal harganya dan hanya akan dibayar dengan ganjaran yang banyak di akhirat oleh Allah S.W.T.

Apa yang perlu kita sebagai umat Islam lakukan bagi mendapatkan cinta Allah dan Rasul?
1. Cintai Rasulullah S.A.W pada sudut lahiriah baginda, pada kesempurnaan fizikal baginda. Sesungguhnya, baginda adalah antara kejadian Allah yang agung.
2. Turuti sunnah baginda. Terdapat dua bentuk sunnah, iaitu sunnah wajib seperti menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Sunnahsunat pula seperti memakai wangian, serban dan sebagainya.

Dari segi akhlak, baginda amat baik dan dipuji Allah. Dari segi pergaulan, baginda dapat bercampur dengan semua lapisan masyarakat. Baginda boleh bergurau dan bermain apabila bersama kanak-kanak, baginda menghormati apabila bejumpa orang lebih tua darinya, bagindamelindungi kehormatan kaum wanita apabila berurusan dengan mereka. serta lain2.

Bersempena bulan maulidulrasul, marilah kita sama-sama menjadikan baginda Rasulullah S.A.W sebagai contoh/role model terbaik. Tema sambutan Maulidulrasul 2011, “1 malaysia, 1 Ummah”.

Antara kecintaan sahabat kepada baginda rasul ialah, Saidina Ali yang sangup menggantikan tempat baginda dengan baring di katilnya pada malam Hijrah, walaupun sedar akan risiko. Hadis tentang kelebihan berselawat kepada nabi antaranya “Manusia yang paling utama padaku nanti, adalah mereka yang banyak berselawat kepadaku.” Allah juga ada berfirman “demi sesungguhnya, nabi itu contoh terbaik bagi umat manusia yang inginkan kebaikan dunia dan akhirat”

*Petikan khutbah Jumaat Masjid Al-Alamin MITC, Melaka. 11.2.2011

Colmar Tropicle, Bukit Tinggi, Pahang (24-26 Jan 2011)

February 10, 2011 - 4:44 am No Comments

133KM dan 6 Tips ketika berjauhan

February 9, 2011 - 7:42 am No Comments

Untuk 1 minggu, my wife tinggal sebentar di Kelana jaya and En alter di Melaka. Kiranya, ini 1st time kita org berjauhan sejak menjadi suami & isteri. So, tips yg ingin dikongsi;

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.

Perumpamaan itu mungkin ada benarnya terutama bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan. Demi kerjaya dan mencari rezeki, semuanya terpaksa dijalani dengan penuh tabah. Namun, jangan sesekali membiarkan cinta jarak jauh ini menjejaskan perhubungan. Tip ini diharap dapat membantu pasangan suami isteri menghangatkan hubungan meski pun berjauhan.

Tip 1: Elak Cemburu Buta

Dalam situasi berjauhan, kepercayaan adalah elemen paling penting. Pastikan hubungan bersifat terbuka dan tiada perkara diselindungkan. Cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Agar hubungan tidak menjadi dingin, nyatakan kekerapan untuk saling berhubungan. Selain itu, dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari-hari istimewa bersama.

Tip 2: Belajar Menerima Hakikat

Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah itu takdirnya, terimalah hakikat dengan terbuka. Jangan tertekan bahkan cuba mengeratkan hubungan dengan apa cara sekali pun. Usah berfikiran negatif dengan menganggap situasi sebegini hanya menjadi batu penghalang. Sebaliknya anggaplah ia dapat membantu memantapkan hubungan memandangkan anda dapat merasai betapa pentingnya si dia dalam hidup anda.

Tip 3: Aplikasikan Teknologi Terkini

Terdapat pelbagai teknologi baru yang dapat menghubungkan pasangan yang berjauhan. Ia buka saja mudah malah tidak perlu mengeluarkan kos. Jika berkelapangan, hantarkan emel kepada si dia. Selain mudah, ia juga boleh disimpan dan dibaca semula apabila rasa rindu mula menguasai diri. Hantarkan juga gambar terbaru kepada pasangan agar ingatannya terhadap wajah cantik atau kacak anda tidak pudar begitu saja.

Tip 4: Bercerita & Berkongsi Masalah

Sikap suka menyembunyikan sesuaitu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Usah memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda.

Tip 5: Tolak Isu Remeh-Temeh

Sudahlah tinggal berjauhan, bergaduh pula. Situasi ini boleh menjadi parah jika tindakan tidak diambil. Memandangkan anda sukar untuk bersua, elakkan daripada bertekak tentang perkara yang remeh-temeh. Kebanyakannya akan naik angin jika pasangan tidak menelefon pada waktu yang dijanjikan. Usah ikutkan hati kerana mungkin si dia sedang sibuk dan perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu. Anda seharusnya bertenang dan tanya dengan nada yang lembut.

Tip 6: Rancang Kejutan

Dalam mencintai seseorang, anda perlu berfikiran kreatif agar cintanya terhadap anda akan menjadi lebih mendalam. Untuk itu, apa kata anda rancang satu kejutan romantis untuk di sia. Kejutan tidak bermaksud anda perlu mengeluarkan kos, sebaliknya yang kejutan ringkas sudah cukup bermakna.

Lebih menarik jika anda dapat merancang percutian mengejut bersama. Jika perlu, minta pertolongan daripada ahli keluarga atau teman rapat bagi memastikan ia benar-benar satu kejutan.

*Tips dari http://www.anuarmustaffa.com/6-cara-mekarkan-cinta-jarak-jauh/

Apa pun, x sabar nk tunggu ujung minggu nih…nk balik kg Kelana Jaya jumpe isteri tersayang (“,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd