Posts Tagged ‘Pameran penyelidikan’

UTeMEX2012

December 11, 2011 - 2:38 am No Comments

UTeMEX 2012 adalah EKSPO Pameran dan Pertandingan Produk Penyelidikan dan Inovasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Program ini adalah anjuran bersama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) dan semua Fakulti dengan tema “Inovasi Pemacu Tranformasi”.

UTeMEX 2012 akan menghimpunkan para penyelidik UTeM yang terdiri daripada para pelajar, ahli akademik dan staf Universiti dari pelbagai disiplin ilmu pengetahuan, pengalaman dan kepakaran. Himpunan usaha dan keilmuan ini akan memperlihatkan kepelbagaian hasil cipta dan rekabentuk produk penyelidikan dan inovasi dengan corak penggunaan yang termaju dan terkini.

 

Program yang julung kali diadakan ini mempunyai tujuan utama iaitu untuk memperkasakan kultur penyelidikan dan inovasi di UTeM. Seluruh warga UTeM akan didedahkan kepada situasi sebenar “Pameran dan Pertandingan” produk penyelidikan secara menyeluruh dan sistematik. Suntikan semangat berdaya saing dalam mempromosikan produk masing-masing akan dapat meningkatkan keupayaan para penyelidik agar lebih kreatif dan inovatif.

Penyertaan

  • Ahli akademik
  • Jurutera Pengajar
  • Pelajar Diploma
  • Pelajar Sarjana Muda
  • Pelajar Sarjana
  • Pelajar PhD
  • Staf Bukan Akademik

Kategori Bidang

  • Teknologi Hijau (Green Technology)
  • Teknologi Mendatang (Emerging technology)
  • Kejuruteraan Sistem (System Engenering)
  • Interaksi Manusia – Teknologi (Human Interaction Technology)

Layari laman UTeMEX2012 untuk maklumat lanjut dan penyertaan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd