Posts Tagged ‘khutbah’

Zakat (25.2.2011)

March 18, 2011 - 9:36 am No Comments

Assalammualaikum & salam sejahtera semua,

25hb 2 yang lalu kutbah Jumat bertajuk Zakat. Lambat update posting sebap balik dari masjid dh ada ekrja lain so, sekarang mari kita share info yg teringat lagi. ;D

 

Zakat adalah salah satu cara untuk menyucikan harta kita. Dengan memberi zakat kerana Allah dan agama juga sedikit sebnayak melambangkan keimanan seseorang muslim itu.

Zakat fitrah bererti: zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Zakat dari segi syarak pula bererti : mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Terdapat pelbagai hikmah berzakat antaranya seperti yang dimaklumkan oleh Pusat Zakat Melaka :

  • Kesusahan, kepahitan dan kepayahan yang masih dirasai oleh segelintir masyarakat hari ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh masyarakat Islam kini. Namun begitu adakah kepayahan yang dirasai oleh mereka dapat membawa seribu keinsafan kepada golongan yang kaya menumpul harta kekayaan?. Kedukaan dan kesengsaraan yang mereka lalui seharusnya dijadikan pedoman dan panduan kepada kita dalam mengejar kemewahan hidup.

 

  • Keadaan setiap yang hidup di bumi Allah ini tidak sama gaya dan lagaknya. Belum pasti apa yang diinginkan dapat dikecapi. Lupa, alpa dan leka menghukum golongan yang susah ini hidup lebih melarat. Seharusnya masyarakat Islam ini sentiasa bersama dalam mengharungi hidup, ibarat kata pepatah “Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing”. Dengan kesedaran ini secara tidak langsung kita dapat membantu meringan kan beban insan-insan yang amat memerlukan.

 

  • Hikmah yang terselindung disebalik pengeluaran zakat pastinya memberi kesedaran sekiranya direnung dengan hati yang ikhlas. Golongan fakir mempunyai jaminan dan haknya tidak lagi diabaikan begitu sahaja. Asnaf fakir kebiasaannya meminta daripada pemerintah, bukan daripada peribadi yang kaya demi memelihara kehormatan dan air mukanya. Ia juga didorong rasa malu untuk meminta-minta dan memelihara perasaan dan hatinya daripada terluka akibat daripada kata-kata yang menyakitkan.

 

  • Selain itu, kurang pengetahuan orang ramai dalam urusan agihan zakat menjadikan satu kesilapan pemahaman ke atas maklumat menyebabkan ramai di kalangan golongan kaya yang memberikan zakat kepada orang fakir miskin sahaja, sementara golongan lain yang berhak, dilupakan. Sesungguhnya zakat itu bukanlah khusus kepada asnaf fakir, miskin dan orang yang memperjuangkan agama sahaja, tetapi adalah lebih luas lagi yang berkait dengan kemaslahatan kaum muslimin seperti golongan mualaf, belenggu hutang dan hal-ehwal pendidikan.

 

  • Kemakmuran hasil langit dan bumi dengan keadilan pemerintahnya, menyebabkan orang-orang kaya menjadi susah untuk mencari orang miskin untuk diberikan zakat semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Sepanjang tempoh itu, umat Islam sentiasa menjadi umat terbaik, bermaruah dan dihormati oleh lawan dan kawan. Seterusnya kemewahan hidup, kemudiannya melekakan umat Islam dari menegakkan tuntutan agama. Ketinggian ilmu yang memuncak telah membawa sebahagian umat Islam membuang masa dalam soal-soal remeh yang berakhir dengan perbalahan sesama sendiri dan akhirnya memusnahkan kegemilangan era pemerintahan kerajaan Uthmaniah.

 

Oleh itu, jom kita ramai2 bayar zakat! ;D

Sekian.

Transformasi Diri Kearah Kecemerlangan (21.1.2011)

January 29, 2011 - 7:33 am No Comments

Diantara tugas sebagai khalifah di muka bumi adalah mentadbir hal agama dan dunia. Kecemerlangan umat Islam bukan hanya dengan banyaknya ibadah yang dilakukan, tetapi juga bukan hanya kejayaan memajukan dunia. Kecemerlangan umat Islam adalah apabila banyaknya amalan ibadah serta majunya dunia/negaranya.

Sikap lalai , lupa, angkuh dan cuai serta sukabertangguh adalah yang akan membuatkan umat Islam tidak cemerlangan. Sesungguhnya, Allah S.W.T tidakakan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah diri sendiri. Antara 3 ciri orang cemerlang:

1. kemahuan yang tinggi dalam kecemerlangan

2. pengorbanan yang agung serta tidak kedekut atau tamak.

3. memahami prinsip jujur, amanah dan cemerlang.

Oleh itu, marilah kita mengubah amalan nagatif yang kita amalkan kini, agar dapat menjadi umat yang cemerlang.

*Sedutan khutbah Jumaat masjid UTeM, 21.1.2011

Menjaga Kesempurnaan Solat (14.1.2011)

January 29, 2011 - 5:55 am No Comments

Solat telah difardukan untruk dikerjakan 5 kali sehari sejak pada tahun ke 10 kerasullah baginda Rasullullah S.A.W. Allah S.W.T telah menjemput baginda rasul pada malam Israk&Mikraj dan difardukan solat 50 kali sehari. Kemudian dikurangkan kepada 5 kali sehari.

Solat adalah tiang agama. Goloongan remaja kini yang tidak mengamalkan solat, mudah melakukan perkara maksiat dan bertentangan dengan ajaran agama Islam seperti berpelukan di khalayak ramai, berpegang tangan bukan muhrim, bercumbuan dan sebagainya. Sesungguhnya, solat itu perisai yang dapat mengelak pekara keji dan mungkar. Solat yang dikerjakan menjadi pengukur tahap ketaatan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Sabda baginda, “Sesiapa yang menjaga solat, solat akan menjaganya di akhirat dengan menjadi nur atau cahaya baginya dan dilepaskan dari api neraka.”

Solat adalah amalan pertama yang akan dihitung di hari kiamat. Solat melibatkan dua pergerakkan, pergerakkan fizikal dan rohani. Pergerakkan fizikal adalah seperti takbir, rukuk, sujud manakala pergerakkan rohani adalah kusyuk dalam solat iaitu kusyuk hati dan kusyuk pergerakkannya. 5 tips mendapatkan kusyuk dalam solat adalah :

1. Memahami makna atau maksud bacaan di dalam solat.

2. Mengakui nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T

3. Menghadirkan rasa gerun pada kekuasaan Allah S.W.T

4. Mengharapkan keampunan dan diterima amalan.

5. Rasa malu kepada Allah S.W.T atas segala kesalahan dan kelalaian yang kita lakukan.

Sekian.

*Sedutan khutbah Jumaat 14.1.2011 Masjid Ayer Keroh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd