Kelahiran Wan Muhammad Luqman Zulqarnain

September 30, 2011 - 2:38 am No Comments

Nama: Wan Muhammad Luqman Zulqarnain B Wan Sazli Nasaruddin
Tarikh Lahir: 21 September 2011 (Rabu)
Masa: 735pm
Tempat: Hospital Besar Melaka.

Jantina: Lelaki
Berat semasa dilahirkan: 3.2Kg

Di hari kelahiran, ibu Wan Muhammad Luqman Zulqarnain dimasukkan ke kamar bersalin pada jam 11pagi. Waktu tu, ibu dah sakit-sakit, tapi doktor yang periksa ibu kata, belum sampai masa lagi…bukaan baru 4cm (kene tunggu sampai 10cm). Jangkaan doktor, 1cm bukaan bersamaan 1 jam. Dari pagi, sampai ke petang abah teman ibu di kamar bersalin…setiap selang 3 minit, ibu terasa sakit..coz luqman kat dalam perut ibu sedang berusaha nak keluar! hehehhe…

Then, pukul 7pm, ibu dah tak tahan sakit nak bersalin, and doktor pun siap sedia prosedure bersalin…beberapa kali jugak ibu try keluarkan Luqman…tapi tak lepas…bukan senang nak melahirkan. Then, dengan bantuan doktor2 (ada 1 doktor pakar, 1 doktor biasa and 2 jururawat) serta abah yang bagi sokongan suruh PUSHHHHHHh….hehehhe, Luqman pun keluar…735pm, selepas habis azan maghrib…Alhamdulillah and tq ibu, sebab selamat lahirkan Luqman!

Then, after dibersihkan, abah azan and qamat Luqman di wad bersalin tu, selepas 1 jam setengah baru ibu dan luqman dibawak ke wad tempat ibu berehat. Opah KJ dah tunggu dari siang tadi. Opah KJ dengan abah balik rumah malam tu, coz ibu and Luqman kene rehat (and waktu melawat dah habis). Abah kene basuh and bersihkan uri Luqman untuk ditanam…..tengah2 malam jugak la abah tanam depan rumah.

Esoknya, Luqman kene suntik BCG, hebat, Luqman tak nangis…(good boy) then nurse mandikan Luqman(nagis kuat!!!hehehhe) , then, tengahari ibu dan Luqman dibolehkan balik.

Hari pertama Luqman kat rumah…malam tu Luqman demam, sejuk sangat kot…then abah and ibu bawak Luqman ke hospital… Luqman kene tahan di nursery 2 hari. After that, demam dah kurang, Luqman pun balik ke rumah semula…sampai sekarang. ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

 

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd