Re-plant Rumput Laman

August 18, 2011 - 12:26 pm No Comments

Hi all,

Bagi menjayakan kempen bumi hijau or go Green dan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami oleh bumi kini, maka kami telah sebulat suara untuk melaksanakan program “Re-Plant Rumput Laman”. dengan kata lain, kita org menanam semula rumput di laman rumah kita org nih agar lebih cantek dan mesra alam.

Ikutkan, pada awalnya kita org tanam sendiri rumput gunakan biji benih yang dibeli di Mydin MITC…tumbuh tu memang la tumbuh…tapi lain macam je rumpyt yang tumbuh tu…and x cantek…hehehhe

 

so, untuk kali ini, nekad dah nak beli pulak rumput yang banyak dijual and tanam sendiri je. ;D

mula2 survey di sekitar melaka. harga bagi rumput karpet filipine sekitar rm5-rm4.50 untuk 1kaki x 2kaki. Then kita org dapatkan bekalan rumput dari sedara yang expert dalam bidang landskap (memang dia kontraktor landskap yang berjaya…banyak job2 landskap dia dapat…besar2 ada, kecik2 ada, nk quotation just bg tau je…hehhehe) rumput karpet filipine pada harga yang jauh lebih murah@berpatutan.

 

Disebabkan bulan puasa ni baru dapat ditetapkan niat nk tanam baru rumput2 tu, maka…dalam bulan2 puasa ni la kami mengcangkul semula tanah bagi tujuan menanam (juga based pada tips abg zul, kontraktor rumah yang bagus serta tukang paip yang pandai dan pets kontrol..tanam rumput..cat rumah …hampir semua keje2 pertukangan dia boleh buat…nk quotation just bg tau je..no problem) kami letakkan lapisan plastik yang dilubangkan ciket2 di bahagaian bawah sebelum tutup denganpasir halus. plastik nih katanya bagi tujuan mengelakakn rumput2 jahat tumbuh dgn mudah selain boleh takung air lama ciket rasanye.

beberapa hari jugak diambil untuk proses menyediakan tapak nih…kene cangkul…lapik…letak pasir…ratakan. then barulah diletakkan and disusun dengan rumput yang dibeli. Selepas susn2…tekan2 siket and adjust la memana tempat yang x rata….then siram ciket. mcm tu je la..esok2 pun siram2…adjust2 tambah ciket pasir kat memana yang x rata tu.

 

 

Dengan penanaman rumput nih, hope Melaka x la panas sangat…expecially MYDIN MITC yg bijak tu p sondol kawasan lapang buat tempat parking kereta and siram dengan bitumen yang itam legam tu…cis…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

 

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd