Guide Perbelanjaan ke Krabi, Thailand.

May 25, 2011 - 9:31 am No Comments

Salam and hi semua,

Atas permintaan dan pertanyaan ramai pihak, kami pun pos guide@laporan perbelanjaan kami semasa 5 hari bercuti ke Krabi, Thailand. hope info nih berguna and membantu mereka2 yang bercadang untuk bercuti.

 

Penerbangan AirAsia 2 Orang pergi dan balik + 20Kg muatan bagasi (bagasi…skemanye ayat..hehehhe)

RM414

Hotel pertama : 3H 2M. Aonang Princevill + Aktiviti melawat 4 pulau & snorkeling untuk 2 orang + sarapan pagi setiap hari + diner set hari pertama + thai massage 2 org sejam sorang.

RM1,000

Hotel kedua : 3H 2M. The Beach Butique Resort + tiada aktiviti just santai2 + sarapan pagi setiap hari + diner set hari pertama

RM1,055

Perbelanjaan lain + teksi ke Krabi town dari airport + beli2 barang + makan2.

RM500

 

So, sehari sebelum fly ke sana, kita org ke mesen tukaran wang CIMB, tukar THB20,000 = RM1,998 rasanya. Then, masa hari nk balik ke Malaysia, kita orang berjaya habiskan duit tu tinggal THB0.3 je…hehehhe. THB20,000 tu le kita org guna untuk semua belanja di atas, kecuali tiket penerbangan yang dah dibayar semasa tempahan online di website AirAsia semasa promosi mereka. :D

 

Korang boleh bawak duit extra ciket kalau rasa nk shooping banyak2 or cadang nk sewa scooter masa di sana nanti. Then, tips lain rasanya kalau dah jalan ke tempat orang tu, kalau barang berharga mcm barang kemas, x perlu bawak…laptop kalau besar berat2, boleh pinjam laptop adik yg 10″ tu, ringan ciket senang bawak. Korang jangan lupa budget betul2 bagasi yang dibawa….kalau x, sediakan je duit extra kot2 kene denda bawak lebih muatan masa nk balik nanti.

 

And bila dah sampai Thailand and nk tukar duit lagi, rate tukaran tak sama, so elok tukar siap2 rasanye. Sebaiknye tukar kat CIMB punye mesin je. Kalau kat kedai2 tukaran wang tu, arge lain2 sebap dia org ada ambik komisyen jugak le.

 

Aktiviti…kalau rasa nk banyak aktiviti best2, baik korang booking hotel sekali dengan aktiviti. Kat sana banyak agensi yang sediakan macam2 pakej aktiviti….pilih and bayar je. Aktiviti pun korang boleh customize ikut kesesuaian…tp buat awal2 la, deal denagn pihak hotel pun boleh.

 

Ok, itu saje, ada pe2 nk tanye..tanye le…kalau tau kt org bag tau…kalau x tau, seama le kite tanye en Google yer…TQ

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

 

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd