Tanggungjawab Mengurus Jenazah (4.2.2011)

February 7, 2011 - 10:01 am No Comments

Adalah menjadi tanggunjawab bagi umat Islam, untuk mengurus jenazah saudara Islam mereka. Penubuhan dan kenaggotaan dalam Tabung Khariat Kematian di Masjid-masjid sesuatu kawasan itu sebagai contohnya adalah bagi membantu mengurus dalan menyempurnakan tanggunjawab dalam menguruskan jenazah.

Adalah amat malang apabila ada antara umat Islam yang datang menziarah ke keluarga si mati, tetapi hanya melihat, bersembang dan tidak tahu adab sebenar menziarah. Adalah lebih baik sekiranya bersama membantu dalam mengurus jenazah dengan membasuh&memandikan mayat, menkafankan mayat, menyempurnakan solat jenzah dan membantu membawa jenazah ke tanah perkuburan. Sekiranya tidak tahu, cukuplah sekadar membacakan surah dari al-Quran atau dengan sekadar membacakan al-fatihah untuk si mati.

Sekiranya kita membantu dengan menderma pada tabung khariat kematian, setiap kali berlakunya kematian, duit hasil derma akan digunakan untuk tujuan membeli kalin kapan, menguruskan jenazah, membayar upah menggali kubur dan sebagainya. Maka, setiap yang menderma, akan mendapat pahala seumpama mereka melakukan kerja2 tersebut.

Amatlah malang, sekiranya ketika hidup, si mati amat menjaga dengan tidak berhutang. Tetapi, apabila dia meninggal, keluarganya terpaksa berhutang untuk menguruskan jenazahnya. Oleh itu, daftar dan mendermalah pada tabung khariat kematian. Ini dapat mengelakkan roh kita tergantung antara langit dan bumi hanya kerana masih ada hutang tidak diselesaikan.

*Sedutan khutbah Jumaat masjid Banting, 4.2.2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

 

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd