Menjaga Kesempurnaan Solat (14.1.2011)

January 29, 2011 - 5:55 am No Comments

Solat telah difardukan untruk dikerjakan 5 kali sehari sejak pada tahun ke 10 kerasullah baginda Rasullullah S.A.W. Allah S.W.T telah menjemput baginda rasul pada malam Israk&Mikraj dan difardukan solat 50 kali sehari. Kemudian dikurangkan kepada 5 kali sehari.

Solat adalah tiang agama. Goloongan remaja kini yang tidak mengamalkan solat, mudah melakukan perkara maksiat dan bertentangan dengan ajaran agama Islam seperti berpelukan di khalayak ramai, berpegang tangan bukan muhrim, bercumbuan dan sebagainya. Sesungguhnya, solat itu perisai yang dapat mengelak pekara keji dan mungkar. Solat yang dikerjakan menjadi pengukur tahap ketaatan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Sabda baginda, “Sesiapa yang menjaga solat, solat akan menjaganya di akhirat dengan menjadi nur atau cahaya baginya dan dilepaskan dari api neraka.”

Solat adalah amalan pertama yang akan dihitung di hari kiamat. Solat melibatkan dua pergerakkan, pergerakkan fizikal dan rohani. Pergerakkan fizikal adalah seperti takbir, rukuk, sujud manakala pergerakkan rohani adalah kusyuk dalam solat iaitu kusyuk hati dan kusyuk pergerakkannya. 5 tips mendapatkan kusyuk dalam solat adalah :

1. Memahami makna atau maksud bacaan di dalam solat.

2. Mengakui nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T

3. Menghadirkan rasa gerun pada kekuasaan Allah S.W.T

4. Mengharapkan keampunan dan diterima amalan.

5. Rasa malu kepada Allah S.W.T atas segala kesalahan dan kelalaian yang kita lakukan.

Sekian.

*Sedutan khutbah Jumaat 14.1.2011 Masjid Ayer Keroh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

 

Copyright © 2010 www.sazliidura.com | Powered by Wordpres | Design customized by Hijrah Jitu Sdn Bhd